Sifir makin hebat.
Pasar makin meriah.

Layan pelanggan pasar malam, sifir jadi laju.

Permainan sifir untuk murid Tahun 1–6. Anak buka gerai pasar malam, kira pesanan pelanggan dan bina pasar sendiri.

Main sekarang Tengok cara main ↓

Tahun 1–6 · Sifir 2 hingga 12 · Main dalam pelayar, tanpa daftar

Satu pesanan.
Satu sifir.

“Nak empat cawan air tebu. RM2 secawan.” Berapa jumlahnya?

4 × RM2 = RM8
  1. Baca pesanan pelanggan.
  2. Kira dan taip jumlah di mesin duit.
  3. Guna duit jualan untuk naik taraf gerai.

Tersilap?
Kita kira sama-sama.

Kalau jawapan salah, game tunjuk cara kira dengan gambar. Pelanggan itu datang semula nanti supaya anak boleh cuba lagi.

Tiada had masa. Pelanggan tak pernah marah atau pergi.

Bantuan dalam game: 3 cawan darab RM2 sama dengan RM6, dengan gambar tiga cawan dan syiling. Pelanggan berkata: Mari kira semula, 3 darab 2 sama dengan 6.
Bantuan: 3 × RM2 = RM6
Pelanggan bertanda Datang Semula, cuba lagi, memesan 3 cawan pada RM2 secawan.
Pelanggan datang semula

Pasar sesak.
Sifir makin laju.

Lima pelanggan terakhir setiap malam datang dalam Jam Sesak. Soalannya hanya daripada sifir yang anak sudah kuasai, dan jawapan dalam 3 saat dibayar dua kali ganda.

Tiada denda dan tiada kalah. Lambat pun, pelanggan tetap tunggu.

Jam Sesak dalam game: papan atas menulis Jam Sesak, Kilat dua kali ganda. Pak Ali pesan 5 cawan air tebu pada RM2 secawan, mesin duit menunggu jawapan.
Jam Sesak dalam game

Mula dengan air tebu.
Bina pasar sendiri.

Buka gerai Satay, Apam Balik dan banyak lagi, kemudian hias Pasar Saya dengan duit jualan.

Oyen si kucing pun ada. Belai dan ajak dia main untuk kumpul hati, kemudian buka aksesori untuknya.

Oyen, kucing oren dari game

Tahu sifir mana
nak latih esok.

Laporan Ibu Bapa dalam game tunjuk sifir yang anak dah hafal, soalan yang masih kerap tersilap, dan satu latihan ringkas untuk sesi seterusnya.

Selepas dua minggu bermain, laporan juga tunjuk sama ada anak makin laju: purata masa jawapan betul pada minggu pertama berbanding minggu ini.

Contoh baris Makin laju dalam laporan: purata jawapan betul 4.1 saat pada minggu pertama, kini 2.6 saat. 30 soalan dijawab dalam 3 saat minggu ini.
Baris Makin laju, dengan data contoh

Laporan dibuka dalam game, pada peranti yang anak guna. Data kemajuan disimpan dalam peranti itu.

Contoh Laporan Ibu Bapa: Sasaran 4 minggu, yang Aina sudah boleh, perlu bantuan sifir 3, dan satu tindakan untuk ibu ayah
Contoh laporan dengan data ujian

Soalan ibu bapa

Untuk murid tahun berapa?

Murid sekolah rendah Tahun 1–6. Anak mula di Gerai Air Tebu (sifir 2), kemudian beli gerai sifir lain dengan duit jualan dalam game.

Kalau anak belum lancar sifir?

Tiada masalah. Tiada had masa untuk menjawab. Jika tersilap, game tunjuk cara kira dengan gambar dan beri peluang cuba semula.

Boleh main di telefon?

Boleh. Buka dalam pelayar iPhone atau Android. Panduan tambah ke skrin utama ada dalam game.

Perlu daftar akaun?

Tidak. Versi beta dibuka terus dalam pelayar. Kemajuan anak disimpan dalam peranti yang digunakan.

Ada peringatan rehat?

Ada. Secara lalai, game ingatkan anak berehat selepas 30 minit. Ibu bapa boleh ubah atau tutup dalam bahagian Untuk Ibu Bapa.

Percuma untuk mula.
Sekali bayar untuk semua sifir.

Sekarang SifirRush dalam fasa beta, jadi semua sifir boleh dimain percuma.

Percuma

RM0

  • Sifir 2 hingga 5
  • Satu anak, tanpa akaun
  • Pasar Saya dan Laporan Ibu Bapa

Main terus dalam pelayar, tanpa daftar.

Main sekarang

Versi Penuh

RM29.90 RM39.90

Harga awal untuk 100 pembeli pertama

  • Semua sifir, 2 hingga 12
  • Sehingga 6 anak dan 5 peranti
  • Sekali bayar, kekal, tanpa langganan
  • Refund penuh dalam 7 hari

Jualan belum dibuka. Kami e-mel anda sekali bila ia dibuka.

Sertai senarai menunggu

Tahu dahulu bila
versi penuh dibuka.

Sertai senarai menunggu. Kami e-mel sekali sahaja apabila versi penuh dibuka, termasuk harga istimewa untuk 100 pembeli terawal.

Malam ni,
kita buka gerai.

Mulakan dengan satu pesanan air tebu.

Main sekarang