Terma Program Affiliate SifirRush
Pengendali program: MLK DIGITAL (No. Pendaftaran SSM 003867510-M) · [email protected]
1. Penyertaan
- Terbuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas atau perniagaan berdaftar di Malaysia.
- Permohonan melalui sifirrush.my/affiliate. Kami boleh menerima atau menolak permohonan tanpa memberi sebab.
- Anda perlu memberi maklumat yang tepat: nama, e-mel, nombor telefon, akaun bank untuk bayaran, dan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran perniagaan (wajib, untuk rekod cukai). Butiran ini dikendalikan mengikut Polisi Privasi.
2. Komisen
- 20% daripada harga yang dibayar pembeli bagi setiap Versi Penuh SifirRush yang layak (RM7.98 pada RM39.90; RM5.98 pada harga early bird RM29.90).
- Jualan layak jika pembeli tiba melalui pautan anda dan membeli dalam tempoh 30 hari dari klik. Jika pembeli mengklik pautan beberapa affiliate, komisen diberi kepada klik layak terakhir.
- Tiada komisen untuk: pembelian sendiri atau keluarga terdekat anda; lesen percuma (keluarga beta, ganti rugi); pembelian yang direfund atau chargeback.
3. Tempoh matang & bayaran
- Komisen berstatus menunggu selama 14 hari (melepasi tempoh refund 7 hari), kemudian layak.
- Bayaran bulanan ke akaun bank anda apabila baki layak mencapai RM50. Baki di bawah RM50 dibawa ke bulan berikutnya.
- Komisen yang telah dibayar tetapi kemudian direfund atau di-chargeback akan ditolak daripada bayaran seterusnya.
- Anda bertanggungjawab ke atas cukai pendapatan anda sendiri. Kami akan mematuhi kewajipan pelaporan atau potongan cukai yang dikenakan ke atas kami (contohnya borang CP58) dan memaklumkan anda jika ia terpakai.
4. Cara mempromosi
Dibenarkan: berkongsi pautan anda kepada ibu bapa dan penjaga melalui media sosial, kumpulan WhatsApp/Telegram ibu bapa, blog atau video, dengan maklumat yang tepat.
Tidak dibenarkan:
- menyasarkan atau menghantar mesej kepada kanak-kanak, atau meminta kanak-kanak memujuk ibu bapa;
- spam, mesej pukal tanpa izin atau pembelian iklan menggunakan nama/jenama "SifirRush" sebagai kata kunci;
- dakwaan palsu (contohnya "dijamin A dalam peperiksaan", "disyorkan KPM") atau harga/diskaun yang tidak wujud;
- menyamar sebagai SifirRush atau MLK DIGITAL;
- kupon atau diskaun sendiri (kupon affiliate belum ditawarkan).
Pelanggaran boleh menyebabkan komisen dibatalkan dan akaun affiliate ditamatkan.
5. Data & privasi
Anda hanya melihat bilangan klik, jualan layak dan komisen. Anda tidak menerima e-mel pembeli, nama anak atau data pembelajaran. Anda tidak boleh cuba mengenal pasti pembeli melalui pautan anda.
6. Perubahan & penamatan
Kami boleh mengubah kadar komisen atau terma dengan notis 30 hari melalui e-mel; komisen yang sudah layak tidak terjejas. Kedua-dua pihak boleh menamatkan penyertaan pada bila-bila masa; komisen layak yang belum dibayar akan dibayar pada kitaran seterusnya jika mencapai RM50, kecuali penamatan kerana pelanggaran terma.
7. Hubungan
Anda ialah pihak bebas, bukan pekerja atau ejen undang-undang MLK DIGITAL. Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.